lets find it

Saturday, November 6, 2010

ku mahu kau tahu

Saat kita melihat bintang-bintang di atas,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,

Dalam beberapa bintang itu, wujudkah aku dalam hatimu,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,

Berkongsi duka dan tangisan bersama
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam kuat genggaman tangganmu,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas

Jangan lepaskan pegangan tanganmu..

Kerana aku milikmu, selamanya itu janji,
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..


i luf u~




nk bergedik jap!~;p

No comments: