lets find it

Monday, May 30, 2011

kenapa lelaki begini???

salam..

tetiba mood berubah pulak..
huh!!!


kenapa erk dengan lelaki ni?
kenapa walau berapa kali cakap pon still tak faham-faham??
kenapa camtu??

tak kesian ke kat perempuan yang nak kena ulang ayat banyak-banyak kali ??
syik benda yang sama je..please la...
bila perempuan cakap banyak..
complaint pulak yang perempuan ni bebel..
bosan , asyik ulang ayat yang sama je..
dah tu?
cubelah cakap wahai lelaki sekalian..

macam mana je lagi caranya??
selalunya lelaki ni hanya akan betul-betul faham bila time bergaduh..
time tu ayat semua keluar..yela nak pujuk kn..
mengakulah konon faham.
tapi sebenarnya tak faham pon..
saja nak amek hati je..huh!


tak kan sampai satu tahap nak kena record..nak kena taip message panjang saved kat template..
so that bila salah faham je bagi je message tu????
camtu ke???

yup.lelaki suka ambik mudah..
tapi agak-agak la..
tolonglah fikir juga perasaan perempuan ni camne,..
penat tau..sangat penat..
nak caakap balik dari a smpai z..

asyaik-asyik tak faham
umur bukan makin muda..dah makin tua kot..
kalau budak2 boleh lah nak explain 1-1..hu3




whatever~


p/s: sekali lagi entry ini tiada kaitan dengan sesiapa~peace!!

subject registration



salam.

haha..sekarang ni pakat busy duk register subject for next semester..
saya dah register..tapi tu la..banyak pulak yang mnedatangkan ke confuse san bile kena tarik2 subject ni nak make sure supaya tak clash..hu3..

so pilih dan pilih..dan fikir dan fikir..
maka saya tarik 2 subject je untuk part 5..sebab lain2 tu ade yang tak sure.,.
malas nak pening- pening kepala nak fikir..hehehe

so jam kredit saya 18 je...silalah percaya..hahaha
ikut-ikut boleh lagi masuk 1 sbjek mnjadikan jam kredit 21..tapi scary juga..
sebab semua subject dah makin berat..
tak pe la..saya redha je..hehe

dan ape lagi..mule lah cik nunu yang excited ni menyusun jadual..
semagat la kata kan..haha

last-last ini time table nye..
gile tak best. seyes..
gap yang melampau.( ok nak suruh saya stay kat library la tu),,ahaha
adoi..agak2 la..hu3..
selasa 1 class je?npela bukan hari khamis???boleh balik awal sikit..hehehhe

k la..
tak kerja sebenarnya..bosan,,




bye

apela motif nye si Gambit dan Shah Jazsle ni wat vdeo klip memalukan camni???


salam..


Link
neway tetiba je saya ternampak one of my friend cakap sal benda ni..
so perasan ingin tahu tu macam kuat je..saya pon g la kat link ni..

wah!!!giler la..
wahai Gambit Saifullah..kau ni nama dah cukup islam dah..asal la kau boleh g direct video klip camni..??
ok..maybe bagi kau melayu ni tak open minded..orang malaysia ni narrow minded..
agak-agakla..ni Malaysia..kau pulak orang islam..kita bukan kat America ke..

bila tengok vdeo klip ni..mostly orang-orang akan tertumpu kat vdeo tu je..
bukan sedar pon lagu dia camne..ok..maybe kau nak cepat glamor..yela mencipta kelainan..haha


saya rasa video klip tu nak cerita konon si lelaki..si shah jazsle( aku pon tak tau ejaan nme die camne)haha..mybe si shah jaszle ni nak breakoff ke..nk cerai ke ngn bini die..bini la kot kan..tak kan ley bayang lak camne perempuan tu bangun dari tdur kat atas katil lagi kalau bukan bini dia kn?kn???tapi kalau sebaliknya maksud dia tak tahulah.haha

so perempuan ni maybe akan bagi suami dia tergoda balik la dengan die..
sebab tu la aksi2 yang tak sepatutnya pon nak tnjuk..
memanglah dorang tak de pon bogel ke ape..tapi memang tak patut kot..
saya pon tak sure gurl dalam tu islam ke tak..islam atas name je kot.biaselah.
tak pe la tu bab dia dengan tuhan.
tapi camne dia nak jawab dengan tuhan kalau dengan manusia kat bumi ni pon dia tak lepas
?hurm...

lagi pon carilah gurl cantik sikit ke kalau nak wat video camtui sekalipon..
hahhaa..

k la..
spe yang nak tgk click je sini.

ok,,kau memang hensem..------:)




bye



p/s: sorry kalau entry aku ni menyinggung mane2 pihak2..peace!;p

Friday, May 27, 2011

sepetang bersama menceruk rasa~


salam.

tajuk nak gempak je kan?propa jer.haha

anyway, intersesi memang tak best la nak cakap..hu3
melaka ni pon agak bosan juga sebab tak tahu nak g mana..
balik- balik tempat yang sama.

lagipon class satu hari 1 sbjek je..1 sbjek 2 jam je..
so berbaki-baki lagi ber duapoloh jam tu tak tau nak buat apa..
so semalam balik je dari class..saya, cik umai and cik anys pon bergeraklah ke rumah cik faida bercerita, kunjung mengujung jiran..yela..dah pindah kan..hehe
duk bercerita sal kisah hantu yang akhirnya sampai ke malam saya tak boleh tidur sebab berfikir sal hantu tu.. thank you sangat2 kawan-kawan..haha


then, around pukul 6 kitowng melangkah jalan kaki balik rumah..yela uamh pon selang 5 buah je..hehe..
balik umah..then tetiba cakap kat umai, terasa macam best juga lama tak lepak pantai..haha..
terus semua siap..tak da la siap apa pon..pakai baju yang sama g class juga..haha..
en umai terus call en bf nya..begitu juga cik anys..
ok find! bf saya jauh..tak pe..xpe..hehe..( gurau)

then kitowng berlima pon berlepak di pantai..saja menyibuk orang berdating..kenalah bawa syaitan nya..hahaa..lama dah tak lepak kat pantai walaupon dekat je pantai tu sebenarnya,,haha..


pastu petang dah beransur malam.
then, en bf anys gtaw yang one of my classmate ajak g karok..
lama juga la berfikir..nak join ke tak..last2 dari tak de watpe join jela..
before that g makan dulu..
boleh bygkan x..aktiviti bersmbung tanpa balik mandi dan tukar baju?hahah
tapi tak pe..sama-sama busuk kan?haha..



over taw..ahaha
merenung masa depan~


kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pntai~hek2

pic ni pelik..xtaw nape













makan-makan dalam pokol 10 jugalah beri bergerak ke Mahkota Prade tuk berkaraoke,,
memandangkan duit masing-masing dah pokai..so share la sorang rm 2..
memandangkan kitowng semua ber 8..haha

selepas menyumbangkan suara-suara lunak yang agak2 scary kitowng pon bergerak untuk pulang..then dorang plan nak jalan-jalan kat Kg Portugis, kitowng dah penat dari pagi kot baju tak bertukar, haha,,so kitowng pon balik la..


















dan walaupun malam tu agak tak boleh nak tidur disebabkan cerita-cerita hntu scary yang dorang-dorang cite..tp ok la..
really had fun with u guys!!muahx!!


Tuesday, May 24, 2011

friend are born, not made~

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. siapa cakap sahabat yang kadang-kadang tidak berkongsi rasa yang sama, minat yang sama, perangai yang sama tidak boleh berkawan?

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga sahabat. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

tatkala hati merintih, jiwa pedih..tiap kali itulah air mata menemani
hurm..
penat, letih, bosan

makin lama, makin jauh..
makin lama, makin sukar difahami..

bukan kau berubah dan bukan aku juga berubah
mugkin keadaan sekeliling yang ciptakan ruang dan jarak antara kita

kita sama-sama bukan kuat dan mungkin sangat lemah
kita mudah tersungkur oleh permainan alam
kita rebah sebelum sampai penamatnya


mungkin hubungan ini tiada penghujungnya
mungkin ada yang lebih baik menanti di depan

andai sudah tertulis jodoh kita
andai itu suratan takdir
ku harap moga bahagia itu kita yang punya

andai sebaliknya,
kuharap diri ini kuat menerima~


bye.

Sunday, May 22, 2011

suka duka weekend~


salam.


memandangkan semalam dan arini adalah weekend, so malam tu kononnya nak bangun awal la bak kata cik anys n cik umai nak g pasar beli barang nak masak..
dah tidur pon pukul 4.30 a.m memang tak dapatlah nak bangun awal pagi..
sedar-sedar je dah pukul 1 p.m..hehe

so memandangkan rumah dekat je dengan tesco..maka bergeraklah kami..jalan kaki ok?hehe..nasib x naik kereta, sebab kuar2 je kat jalan dah jem giler..yela weeekend kn..kitowng jalan kaki kejap je..lintas jalan dah sampai..

so bermula aktiviti mambeli barang-barang untuk masak..hehe
banyak juga lah kami beli..hehe

ok..menu untuk hari sabtu adalah tomyam campur + telur dadar + nasi putih..


telur dadar + xecukup rasa = Umairah Khalid


tomyam campur = Nunu + Cik anys


ok..air kosong je..sadiss x?hehe



cik anys n cik umai




arini pulak ahad,ci anys cakap kawan2 lama dia nak datang rumah nak lepak-lepak..
ok jela..
cik umairah pulak pagi2 dah bangun kuar g dating dengan en bf die
kawan-kawan cik anys siap bawa makanan lagi..wah..
spegetti.,buah-buah.. menarik tu menarik..hehe

tapi bosan lah kat umah..nak kuar juga dating..
hu3..
nak wat camne..en bf jauh kan..hehe
so tengok jela tv dan online je la..hehehe


k la
bye


Saturday, May 21, 2011

makna tersurat dan tersirat




salam.


tak ada kerja kan nak buat. so, update blog je hari-hari..hehe

just nak share dengan korang-korang semua..tetiba baca macam kelakar je..tapi betul..hehe

so, kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan... ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


hehe...

bye.


54489-174-0522E4CFD2B7CA88110DEDC933169C29

wahai wanita~ renungkanlah




INILAH WANITA:-



Jika lelaki menciumnya, itu bukan gentleman
Jika lelaki tidak menciumnya, kau bukan lelaki

Jika lelaki memujinya, ia akan mengira kau membodek
Jika lelaki tidak memujinya, kau adalah lelaki tak berguna

Jika lelaki setuju semua keinginannya, dia akan lupa diri
Jika lelaki tidak setuju, kau tidak memahami

Jika lelaki tidak bercinta dengannya, kau bukan lelaki
Jika lelaki bercinta dengannya, kau dicurigai

Jika lelaki kunjungi dia selalu, dia pikir kau membosankan
Jika lelaki jarang kunjungi , dia dituduh ada perempuan lain

Jika lelaki berpakaian rapi, dia cakap kau menarik perhatian wanita lain
Jika lelaki tidak berpakaian rapi, dia cakap kau tak style

Jika lelaki cemburu, dia kata kau jahat
Jika lelaki tak cemburu, dia kata kau tidak cinta padanya

Jika lelaki ingin bercinta, dia kata kau tidak menghormatinya
Jika lelaki tidak ingin bercinta, dia pikir kau tak suka padanya

Jika lelaki lewat satu minit, dia akan marah-marah
Jika dia lewat satu jam, dia cakap itu memang seharusnya seorang wanita

Jika lelaki melepak bersama wanita lain, dia akan menuduh ada wanita lain
Jika dia melepak bersama lelaki lain, “Oh! dah diorang yang ajak!”

Jika lelaki gagal membantu menyeberang jalan, kau tiada etika
Jika lelaki membantunya menyeberang jalan, dia anggap itu taktik lelaki

Jika lelaki melihat wanita lain, dia tuduh kau buaya
Jika dia direnung lelaki lain, dia berkata mereka mengaguminya

Jika lelaki belanja, dia fikir kau merendahkannya
Jika lelaki tidak belanja, dia pikir kau kedekut

Jika lelaki bercinta dengan wanita lain, dia minta putus
Jika dia bercinta dengan lelaki lain, “Bukan salah dia ! lelaki tu yang memaksa!

Jika lelaki berhasrat bercinta dengannya, dia anggap hanya itu yang kau inginkan
Jika lelaki tidak berhasrat bercinta dengannya, dia anggap kau jual mahal

Jika lelaki bercerita, dia ingin kau sendiri mendengar apa yang kau ceritakan
Jika dia bercerita, dia ingin lelaki yang mendengarnya

Jika dia menangis, kau salah kerana telah membuatnya menangis
Jika lelaki menangis, dia pergi darimu kerana kau bukan lelaki sejati


Oh Tuhan!

Kau menciptakan UNSUR bernama “WANITA”
Sangat simple, tapi sangat kompleks
Sangat lemah, tapi sangat kuat pengaruhnya

Sangat memeningkan, tapi sangat indah dipandang…



mata hati~


Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan
Namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini


Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi
Membiarkan kau resah begini
Kerana aku yang pernah kau kasihi

Perpisahan paling menyeksa
Ketika bahagia
Sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Peganglah aku
Biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku
Biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin rasa ku terus bernyawa
Telah ku kata cinta ini selamanya

Friday, May 20, 2011

reminder

salam.




aku tak nak cakap ape2 sekarang..

tapi 1 je aku nak gtaw..



aku seorang yang sangat sensitif

&
aku seorang yang sangat negatif..
.




so kalau aku mudah touching, mudah terasa hati, cepat emo..cepat stress

itu adalah biasa...



dan kalau anda-anda semua rasa serabut ke, sorry la..
saya memang bukan kawan yang terbaik~





bye.

musim rakan-rakan bertunang dan kahwin

salam.

masuk je bulan 5 ni..dah macam-macam kad kahwin yang ada or event yang dijemput..
yela bulan 6 kan dh cuti sekolah..
so mestilah semua berlumba untuk nak kahwinor tunang time tu..
and mostly adalah kawan-kawan sebaya aku,,

wah..terus2 terasa diri dah tua..
dulu masa zaman sekolah selalu fikir..bestnya jadi dewasa..dah boleh kawin..
haha.,.kecil - kecil dah gatal..
yela..rasa teringin nak pakai baju lawa-lawa ada manik2..
terasa nak cantik-cantik..
kalau dulu lukis gambar orang kahwin mesti nak lukis pngantin perempuan dengan gaun labuh warna putih..pakai crown..kn?kn?

haha..


now bila dah kawan- kawan sebaya dan ada juga yang lagi muda nak kahwin..
terus terasa macam giler la..respect + rasa macam takut
kalau aku seriously cakap tak bersedia,,
aku pon serabut-serabut dengan belajar tak abes lagi..
ekonomi tak stabil lagi..dengan kerja tak da lagi..haha

tp ape2 pon mostly kawan-kawan aku ni semua dah berkerja..
so masing-masing dah stabil ekonomi..
dapat pulak bakal suami or isteri bukan calang-calang..
kalau pergi mane pon..semua akan cakap'
:eyh kau couple paling lama, tapi tak kahwin-kahwin lagi"
haha..tak pela..bagi chance kawan-kawan dulu ( ceh sebenarnya ayat sedapkan hati ) hehe

tapi ape2 pon congrate kat korang semua, my friends..
korang dah melangkah 1 lagi stage dalam hidup ni..
hehe...

k la mane yang dah bertunang tu..jangan lupa jemput aku kahwin nanti..hehe
mane yang dah kahwin, semoga kekal sampai mati..hehe



gadis cute ini muda lagi tau..baru 21..rakan uitm...tahniah sis~hehe


ini geng aku mse diploma dulu..congrate panjang..touching skit ar..tunang xckap pon..hehe


ini ex-roomate aku time diploma..bakal bertunang 22 May ini..congrate dear~


ini kawan time sekolah dulu..


ini lolo..rakan sewaktu diloma...kahwin jangan tak jemput aku..hehe

nany juga baru bertunang~


selamat pengantin baru ijan..


selamat bertunang tina kirana

selamat bertunang yana


selamat pengantin baru mira


k.ila juga bakal melangsungkan perkahwinan~


yana juga ex classmate sewaktu diploma

selamat berbahagia~

selamat pengantin baru ain







best friend aku~ili...selamat bertunang my dear~


dan ini



=
=

=
=

=
=
=
=
=
=
=
=
==
=
==



owh ini tak tahu lagi bila...haha..

doakan jodoh kami bersama~

p/s : i love u~