lets find it

Sunday, December 26, 2010

mari bercuci mata dengan fesyen artis anugerah skrin 2010 dan keputusan penuh anugerah skrin 2010

hai kam00- kamoo sekalian...
entry ni macam terlambat la baru aku nak terhegeh update..
haha...


aku kalo bab anugerah-anugerah ni teruja sikit..( ok tipoo..bukan sikit..banyak ok??hek3)
haha,,
time ni la nak tengok artis dress sakan yang menjolok ka..mncucuk ka..mencuci mata ke..
pastu biasa la habit penonton-penonton kita warga Malaysia ni kan mestilah nak tengok si artis A konon duduk sebelah siapa kali ini..eyh dulu bukan dia kapel dengan si B ke.??.eyh kenapa duduk sebelah si C plak? eyh kenapa pakai baju sedonodon pulak.??.ish mesti ada apa-apa neyh..tp awat depa tak mau ngaku?hahha..
hah..amek kau...spekulasi..
kalah wartawan michele tu..hek3..

ok dah banyak melalut....haha..
kali ini ASK 2010 dihoskan oleh Awal Ashaari dan Vanida Imran. Bagi aku dorang ni just nice.. tiada cacat celanya sangat. sebab yela yang datang pon menteri kot..tak kan la nak bagi Zizan raja lawak tu ke..or Johan ka yang host..so kenala formal sikit..hehe
btw..untuk ABPBH nanti aku nak request Zizan and Johan untuk host..
ceit~ kau siapa Nurul nk demand cam gitu..hahaha..ngek~

paling teruja tengok artis- artis wanita Malaysia ni dressing la..
tema dia glamor...tapi tu ar..nampak macam suram ja..
tapi fuh yang cun memang cun pakai apa pon cun..
tp tu la..tak cukup kain tu semestinya la ada..
macam semalam ada sorang amoi amek trofi..nsibla dia amoi..tp giler ar..
dahla pendek tak menahan..ketat..sendat semua ada..aku siap cakap dengan adik aku lagi..
kalau aku rela ja bagi orang lain tolong amek trofi tu..malu sey..orang kat bawah boo lagi time Pal Ajis tu perli..aku bukanla apa..beragak la,.menteri kot yang datang..lagipon kita bukan kat hollywood ka jepun ka kau nak pakai camtu..tapi tak pe la ..maybe dia pon tak sangka nak menang..budget nk posing kat red carpet ja kot..haha


mari kita tenung-tenung fesyen artis-artis ni..
tp ini bagi aku memang gorgeous and cantik la..ada beberapa saja..
lain will be update soon..



owh..i like pink~


ini kesayangan Iqram abang angkat aku..hek3



ini kesayangan Ungku Imran jiran sebelah umah..ngek~haha..
huh! seyes..cantik kaler+ design..paddle pop!



ini kesayangan Zizan..ops gosip terbaru..tak caya tengok paper..hehe..tp memang cun habis!



ini kesayangan awal ashaari..abang ipar aku..haha



owh ini high class..neway cantik giler~



alalaa...ini so syuwiieeett~


gorgeous kau!!

ini kesayangan semua lelaki..ramai sangat..tak tau mana 1..neway jujur aku cakap..aku rasa dia cantik..JGN Mrah..hek3..



hurm..btw...
aku a bit frust la bila tengok keputusan dia..
yang menang pon cerita tah apa2 jer bagi aku..
yang aku rasa best ada certain tu tak tercalon pon..);hu3..
tak apa..janji Fazura, Shaheizy sam , Aaron Aziz dan Shamsul Yusuf tu ada menang..he3..
paling penting tengok Shah Jazzle ( eyh camtu ke eja name dia)..tak kisahla..aku taw dia belakon cerita Asmara tu..hehe..hensem siot..teruja sebentar~ok..bukan sebentar tapi lama-lama..
hek3




Mualaf menang lagi..haha..aku tengok cerita ni..tapi tu ar ending dia memang jenis kena fikir sendiri ar...aku bab nak kena fikir ni malas ni..macam kena buat calculation Qmt..owh..tak mau ingat..!haha..
neway tengok anak- anak cikgu Fatimah..fuh!!! semua stok berkemban..kain belah tinggi gitu kat belakang..hehe..tp Amani dan Alesya tu mmg cun..superb ar pakai apa pon cantik!!
terkesima sebentar bila Amani bagi ucapan..walaupon dia macam nak nanges..terketar tapi kn memang sangat sinis..hargailah jasa seorang itu selagi masih ada..camtu la lebih kurang..ha..amek kau! dulu mualaf tu siap kena banned lagi ..tak boleh nak tayang kat Malaysia..
last- last bila dia menang kat Asia Pacific barula Malaysia nak hargai...
tp orang tu dah meninggal dah pon..kalau bagi anugerah besar tugu negara pon macam tak ada guna..haha..bebel lak aku..haha..semagat2...


ok la..Jom tengok keputusan penuh..semagat pulak aku neyh..haha

Pemenang ASK 2010 Rancangan Realiti Terbaik
-Program Showdown 2010.

Pemenang ASK 2010 Lakon Layar Terbaik Filem
-Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Pemenang ASK 2010 Drama Komedi Terbaik
-Simpang 3

Pemenang ASK 2010 Lakon TV Terbaik
-Shahrul Ezad (Antara Garisan)

Pemenang ASK 2010 Rancangan Hiburan Terbaek
-Anugerah Bintang Populor

Pemenang ASK 2010 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
-Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pemenang ASK 2010 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
-Isma Yusoof(Antara Garisan)

Pemenang ASK 2010 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
-Fazura (Pisau Cukur)

Pemenang ASK 2010 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
-Aaron Aziz (Evolusi KL Drift2)

Pemenang ASK 2010 Rancangan Bual Bicara Terbaik
-RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu

Pemenang ASK 2010 Laporan Khas/Berita Terbaik
-TV3 Aduan Rakyat Berbumbung Langit

Dokumentari @ Majalah Terbaik
-Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi

Pemenang ASK 2010 Videografi Drama Terbaik
-Datang Bulan

Pemenang ASK 2010 Pelakon Wanita Terbaik Filem
-Sharifah Amani (Mualaf)

Pemenang ASK 2010 Pelakon Lelaki Terbaik Filem
-Bront Palarae (Belukar)

Pemenang ASK 2010 Pelakon Wanita Terbaik Drama
-Noorkhiriah (Antara Garisan)

Pemenang ASK 2010 Pelakon Lelaki Terbaik Drama
-Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pemenang ASK 2010 Pengarah Terbaik Filem
-Allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pemenang ASK 2010 Pengarah Terbaik Drama
-Murali Abdullah(Sebelum Akhirat)

Rancangan Muzikal Terbaik
-TV3 Anugerah Juara Lagu 24

Anugerah YASMIN AHMAD
-Shahiezy Sam

Pemenang ASK 2010 Drama Rantaian Terbaik
-Nur Kasih

Pemenang ASK 2010 Filem Terbaik
-Mualaf

Pemenang ASK 2010 Drama Terbaik
-Antara Garisan

Ending performance ASK 2010

FAIZAL TAHIR HANYUT

siapa tak tengok Faizal Tahir performed rugi ar..life tu dalam kereta g..haha

ok mari layan lagi pic-pic artis time red carpet ni..























ok last but not least...
..


.
.
.
.

..
.



.

.

.
.
.
.
.
..
.


ini kesayangan aku..hek3..tolonglah jangan macho sangat..teruja..plz3





Wednesday, December 22, 2010

im sorry ):




sorry korang- korang..
lama tak update..
saya tak sihat lately ni..
lagi pon stress sangat sekarang ni...
mood pon kurang manis...


korang- korang..saya sangat tak suka orang tipu saya,,
huh!!!
sakit taw..benci ar..







k la..will be update soon..
take care korang..

i luf u olls~

Tuesday, December 21, 2010

GIVEAWAY: LUCKY FOLLOWERS

haha..saya baru je jadi followers kepada cik izyan shamba ni..
pastu tetiba di tag oleh cik anys tentang giveaway neyh..
tetiba rasa teruja nak join pulak..haha
harap2 lucky la..hek3..( angan2 itu perlu)hehe..



ok..kepada kawan2 sila la join ...


antara syarat-syaratnya adalah:

1.Anda haruslah berada di Malaysia..kalau anda dekat negara lain..jangan ngada-ngada nak masukkan..hehe

im totally orang malaysia..hehehe...

2.Buat satu entry ini tentang giveaway ini dan tajuknya GIVEAWAY:LUCKY FOLLOWERS.WEE~dan hanya sertakan banner giveaway sahaja pada entry anda itu ok..tq..kalau nka membebel panjang suka hati korunk lah :)

ok dah buat dah..hehe

3.Dan giveaway ini hanya boleh disertai pada mereka yang sudah jadi followers izyan..yang belum jadi itu..silalahkan jadi..huhu..tiba masanya untuk izyan menghargai para followers tercinta :)

ini pon semestinya sudah..hehe


4.Selepas selesai tulis entry itu..sila letakkan link entry anda pada comment post ini..agar izyan boleh check it out yo!!huhu..

ok..will be proceed..cik izyan silala pertimbangkan banyak2 kali erk..haha..(joke jer)


5.Giveaway ini bermula pada detik dan saat post ini di postkan dan berakhir pada 25/12/2010..
:)


6.semoga bergembira

ok..memang tengah happy je sekarang neyh..haha



Thursday, December 16, 2010

indeks cemburu kaum lelaki...





Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.


Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.


Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…



Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.


so, korang rasa kekasih ke..bf ke..kawan ke..ayah ke..bapa ke..abang ke..adik ke or sape2 je yang bergelar lelaki yang rapat dengan korang tergolong dalam kategori mana?hek3~



aku punye rahsia la..hahha~




bye~



kata hari ini:: Dunia menipu dengan berkata ”cemburu adalah bumbu cinta” namun yang benar adalah ” cemburu adalah racun cinta” buanglah rasa cemburu, hiduplah dalam kasih...

Tuesday, December 14, 2010

hidup ni macam makanan...macam-macam rasa ada...
pahit, manis, masin,masam..(tambah-tambah kalo tangah demam)hahah..
juga macam roda...
kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah...

kekadang kita berlari...
tapi...
kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang kita kejarkan...

kita cuba untuk nak faham orang,
tapi...
kita sendiri tak kenal sapa diri kita...

kekadang banyak benda berubah,
kekadang banyak benda yang kita ubah tanpa kita sedar,
kekadang kita tak hargai orang sehinggalah orang tiada,
kekadang kita leka, tak sedar..benda yang kita rasa tak penting itulah sebenarnya amat beharga.

kita suka berfikir tentang benda yang besar,
hingga kita lupa pada benda yang kecil yang sebenarnya lagi membawa erti..
itulah hidup....



so appreciate ar hidup neyh..



Life is what you make of it. Always has been, always will be.


ceh,,nak juga cari publisiti murahan~haha



miss cik ayu giler-giler



windu kalian..windu MSU..


lepak time~



hehe~



over pulak tetiba~hahah




ok last but not least....
.
.
.

.
.
.
.


.
.

.

..

.
.

.
.
.
.
.
..

..
.

.
.

.

.
.

..nak juga letak pic neyh..haha







p/s : sebenarnya tak tau pon pe kaitan entry ni dengan all this pics..hehe...



kata hari ini:: To be what we are, and to become what we are capable of becoming, is the only end of life.

Sunday, December 12, 2010

happy graduation..mari tengok gambar!~

terasa jari ni malas je nak menaip..
so tengok jela all those pics sempena ngn cnvo my sis...
6 december hari tu..
hehe..


owh...nak gemok,,nak gemok..tolonglah!

thanks to my honey sudi temankan saya~


tak serupa kan??kn?tolongla cakap tak..


:)


over sudah~;)


yeay!!!

pelik kn aku pakai tudung ni?kn? silalah pelik


sis..,




happy graduation!!!~



kata hari ini:: Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket

personaliti melalui cara berjalan

salam..ari ni just nak share dengan korang semua sal personaliti korang melalui cara berjalan.hehe..mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang tak kot..hehe..



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.



sebenarnya aku pon tak tau aku ni jenis berjalan yang macam mana..haha..yang aku tau berjalan ke hadapan ja..haha




kata hari ini:: Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat

ragam ex classmates

salam readers..
tadi tetiba teronline..(cewah..sebenarnya memang niat ank on9 pon)..ceit..
then, tertengok kawan lama time diploma dulu on9 juga..
teros menerus tegur die kat ym..
haha..still macam dulu borak-borak merapu melalut semua..hehe
ala..stok pompuan kalo chat mesti cerita sal dulu-dulu..
bila nak kwhwin..ada bf tak lg..sal kawan-kawan..termengumpat sikit2..


........kesian aku selalu kena buli dulu,,haha..tapi dulu aku kental tak macam sekarang..hehe



...............ni je gurl dak clas aku..skit je kn..hu3..owh ili xde pulak..tgh busy kot,,


neway dengan dayah ni la aku ym td..lama tak jumpa dia..last pon kat dip dulu jer..now dia sambung study kat kptm kl..good luck dear..

bile pk balik masing-masing da ada haluan masing-masing..
tetiba terasa rajin pulak nak bercerita pasal kawan-kawan neh..
meh nak cerita..

nurina ney dah kawin last year tak silap..ke awal tahun this year tah..
bagusla..dah jumpe yang betul2 sesuai..ape tuggu lagi kawin jela..hehe


yana pulak..alhamdulillah..dah berubah tengok..makin sweet bertudung..hehe..
dengar cerita dah nak kawin juga..dia ada kembar yang muke serupa seiras giler2.boley confuse kalo tengok..hehe..
bakal husband dia hensem..hehe.

farah pulak dengar cerita dah bertunang,,dah nak kahwin juga la..

begitu juga dengan lolo..dah nak kahwin juga akhirnya..hehe..
lolo kalo dulu macam gangster..otai abes..
haha..selalu kena buli dengan dia dulu..hek3,,

kak ila pon begitu..tunggu hari nak kahwin juga,.
wah..best kn dorang2..??
tak payah nak terok2 fikir..
dah suka.,decide terus amek decision kahwin..
hehe..nak juga camtu..haha..(gedik nurul)
neway dorang 4 orang best friend..kemana sahaja pergi.,.
sweet kan macam tu..kahwin pon same-same..hehe
nanti anak- anak dah besar boleh la berbesan same-same..hehehehe


ecah ni budak paling aku jarang cakap kat kelas..
dia macam garang..hehehe..
tapi ok je sebenarnya,,
now dia study kat unikl..

syuk,eija dan yani pon sambung study kat kptm kl tak silap..hehe
best kan camtu?
study sama2..hehe

wani now dah jadi usahawan berjaya..
tokei kosmetik wooo..
kat mitc mydin melaka..
jom pakat ramai- ramai pi serbu kedai dia,
dan jangan lupa mintak discount..
bangga dengan kau babe..
akhirnya,,berjaya juga..

ika pulak now dah jadi model..
seyes cakap dia memang cantik dari dulu..
cuba tengok kat fb dia.,cube click sini
dahla pandai..
bilala nak cantik..tinggi..pandai..cute..macam ni..hehe

................................................cantik kan???




last but not least ni classmate merangkap one of my bestfriend la..ili hazwani,.
pergh..! glamor dulu..hahaha..
tapi dia ni blurr skit..agak nya now aku terkena badi dia kot,,heheh
main2 saje..hehe
.........................................futsal woo dulu..kental..haha



tapi seyes best kawan dengan dia..korang akan gelak je..
setiap setiap apa yang dia buat mesti korang akan rasa kelakar..
nanti-nanti aku cerita pasal cerita kitaorang..hahaha
dia dah kerja..now da nak bertunang bulan 1 ni..
dengan mamat yang dia minat since sekolah lagi..
cayala,.memang berbaloi tunggu lama pon..ehhehe
apepon congratulation my dear~
im happy 4 u..hehe




k..la cukup kat situ aku story sal classmate aku dulu,.tu tak termasuk crita sal budak2 lelaki yang peragai tah ape2 lagi..lagi pon korang pon bukan baca pon..hehe..

neway rindu kalian semua..
take care..aku doakan kita semua berjaya walau apa pon haluan yang kita pilih..hehe






kata hari ini::Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born.