lets find it

Friday, June 24, 2011

happy oliday! entry untuk kamu



salam.


tetiba rasa sedih pulak..
yela semua orang dah balik kg masing-masing..tinggal kat umah ngn umai je..
esok pagi kami berdua pon akan balik kg juga..hehe
td petang kuar..suka-suka..makan cendol..g coconut shake..g pntai...
seronok sangat...


neway happy oliday kawan- kawan semua!
hope kita semua akan jumpa lagi next semester dengan pelbagai cerita baru..hehhe

kepada semua yang banyak menceriakan diri ini..thanks sangat-sangat...
anda adalah sebahagian dari hidup saya ini..
saya sayang anda sekalian...


luv u~luv u~

Missing someone gets easier everyday. Because, even though it is one day further from the last time you saw each other, it is one day closer to the next time you will...



bye~

Saturday, June 18, 2011

cerita tentang dia?dia ingat dia siapa??;p



salam.


hye semua.
seyes boring giler nak mampos..
tak tau ape nak buat..hu3..

by the way..hurm
meh nak cerita sal sorang budak ni


sorang budak ni..sangat suka merajuk!
dia ingat semua orang tak de kerja..asyik kena pujuk dia je?
then, dia sangat sensitif...
tak boleh orang tinggi suara sikit..japg dia pon kalau tak nanges mesti akan tinggi suara juga..
tak boleh orang tetiba badmood or terannoying kat dia sikit. nanti mesti dia akan tarik muka masam 14 kali.
dia ingat semua orang asyik nak fikir sal die je??
banyak lagila benda orang lain boleh fikir dari fikir pasal die..

sorang budak ni juga suka main cakap ja.
mulut macam tak da insuran.
dia ingat ramai yang suka dengan mulut lepas dia tu?
tapi better kot dari dia hipokrit, benda tak suka tapi nak buat-buat suka
tu bukan cara dia..kalau ya pon dia buat camtu, mesti kat muka dia tu ada juga muka macam tak suka tu.

sorang budak ni suka cakap banyak.
kalau boleh dia nak orang dengar ja cerita dia..
ei..tah ape2 je.
sorang budak ni juga suka nak orang ikut cakap dia..
dia ingat dia siapa??
yb?cikgu?lecturer?mak/ ayah? orang nak kena dengar cakap dia?
budget bagus~hahaha

sorang budak ni juga sangat suka fikir pelik-pelik
kalau ada certain things jadi, dia mesti akan fikir negatif dulu,
asyik" macam mana kalau bla bla...."
sorang budak ni juga kalau dia marah dia nak orang yang berkenaan tahu dia tengah marah orang tu..
eii..teruk nya peragai budak sorang ni..

sorang budak ni jugak sangat manja ok.
walaupon anak 1st,walaupon mak ayah dah bagi bilik besar sorang-sorang katil king size pon tapi kadang-kadang tidur dengan mak ayah lagi..
kadang-kadang jauh sikit dari mak ayah dah call nanges2..
homesick...eii tak malu betul la~

sorang budak ni sangat ego ( tersangat)
kalau memang salah dia pon jarang la dia nak mengaku,
kalau nak minta maaf pon mesti dia taip sms ja,tak pon dia tulis surat ka or dia call ka
sebab nanti dia malu kalau orang tu maki dia balik depan2....teruk kn??

sorang budak ni mesti kuat nanges dan mudah touching
dia ok lagi kalau boyfriend dia majuk dengan dia or tak cakap dengan dia sehari,
tapi dia tak boleh tetiba kawan-kawan wat dunno ja dengan dia..
tak cakap dengan dia..sebab dia sangat sayang kawan-kawan dia

sorang budak ni sangat pelik,..kalau 1-1 benda tu mesti dia nak tahu dari a smpai z..
kalau boleh dia akan tanya" knpa perlu camtu..knpa jwpan dia camtu tak macam ni?"
hanya yang tahan ja boleh ajar dia ni

sorang budak ni sangat tak suka calculation
sebab dia memang bodoh math dari sekolah lagi
sebab dari kecil-kecil dia fikir " kalau kerja doktor ke,,perlu ke nak check pesakit guna matematik?"euuwwww..budak ni sangat budak-budak kan otak dia?haha

sorang budak ni selalu tak da geng kalau kat rumah
sebab adik beradik dia cakap dia garang.
haha..singa sangat ke dia tu?budget garang,,haha

sorang budak tu sangat tak suka dimalukan di depan ramai-ramai
yeah yang ni..semua orang pon tak suka kan?

sorang budak ni suka beli cool blog " vanilla oreo"
sebab dia cakap...hurm, dia tak cakap apa2 pon..
dah memang dia suka tak payah tanya la..

sorang budak ni sangat pelik.
antara benda pelik die akan fikir or buat adalah:

tak suka ais krim or smthing perisa strawberi
sebab rasa macam ubat demam " syrup panadol" di zaman kanak-kanak dia
lagi satu dia rasa perisa tu akan membayangkan semut yang banyak-banyak sebab manis kn?
geli!

sangat tak suka makan panadol
kalau demam ka, or sakit apa, dia akan sedaya upaya untuk elak dari panadol
sebab dia rasa pandol tu sangat besar untuk tekak dia.

tak akan makan ikan keli
sebab dia selalu fikir ikan keli tu akan sengat perut dia walaupon bila dah besar dia tahu sengat tu mesti akan dibuang dulu sebelum masak kn?hehe

akan takut giler dengan citer hantu melayu yang hantu dia cantik
sebab kalau hantu buruk tu, dia dah tahu, itu mesti itu hanya lakonan dan makeup.
tapi kalau hantu cantik, kat mana- mana kita jalan hari2 pon maybe boleh jumpa
mana tau dalam reramai perempuan cantik, makeup cantik tu ada sorang tu hantu?

sorang budak ni akan cubit or tertampar orang sebelah dia kalau ada benda yang dia terkejut
benda ni selalu akan jadi time tengok wayang la..
kesian kat orang sebelah dia.

sorang budak ni juga suka sangat pada benda yang colour pink
tapi dia tak suka pakai baju or kasut or accessories yang warna pink

sorang budak ni juga sangat suka shopping
tambah-tambah lagi obses dengan kasut
kalau bole setiap kali keluar wajib berenti kedai kasut
walaupon tak beli tapi kena try..
itu terapi bagi dia
ceh!dia ingat mak ayah dia cop duit untuk dia?

sorang budak ni jugak suka keluar sorang-sorang kalau boring
or time shopping
sebab kalau g tengok wayang sorang-sorang ke..ada chance untuk dia dapat seat yang best kat belakang walaupon beli tiket dah lambat
kalau dia keluar shopping sorang, rasanya orang-orang yang sepatutnya teman dia akan rasa lega
sebab dia kalau shopping 40 kali round shoping complex tu pon xpe..
dia ingat suma orang tahan ke nak jalan penat-penat camtu


haha..macam-macam kan perangai budak pelik ni?
dia ingat bagus sangat ke perangai dia macam tu?
dia ingat orang tahan ke..
tapi tak pe la..itu memang diri dia
dari dia hipokrit.
so don;t judge a book by its cover~

tapi macam mana pon perangai dia..buruk pon peragai dia.
dia tetap ingat siapa diri dia,
mak ayah orang yang terlalu penting bagi dia
mereka adalah kebahagiaan dia
kawan-kawan adalah keriangan hari-hari dia
adik-adik adalah kekuatan bagu dia..
dan shopping adalah terapi yang berkesan untuk dia! hehe




ini lah budak yang budget bagus tu~:)

Friday, June 17, 2011

ladda land~




salam


tadi pergi tengok wayang...
tak plan pon mule2..tetibe je...
cite LADDA LAND..
hurm..boleh la citer die..cume a bit slow ar..
duration sampai 2 jam..tapi jalan citer slow..
mmglah cite ni agak scary..
tapi selagi sape yang kat sebelah saya tu tak kena cubit.,.
mean sedang2 je kot citer die..
haha..tapi tertampar juga tangan die sebab terkejut kucing hitam tetiba muncul,,.
hahahah
sorry~

so kalau korang-korang agak bosan ke..
tak tahu ape nak wat..g je tngok,
out of 10..juz ley bagi 6 je kot..ok la tu kn?
sebab anak die comel sangat..hehehehe..



p/s: thnks sudi belanje~ =)

happy father's day




salam.


erk.hari ni father's day erk?
ke silap..??

neway happy father's day ayah!
ayah la ayah terbaik buat nurul, intan , adik li n adik...

we luv u!!!luv u!!!luv u!!!!!

terima kasih sebab bagi kasih kasih yang tak terhingga..
dalam garang-garang ..tapi ayah tetap ati tisu untuk anak-anak..hehehe



luv u~muahhx~

Tuesday, June 14, 2011

noonoo???








tetiba one of my friend cakap..

nama nunu teringat pulak cite teletubbies..hehhe
yang mesin tu..hehehe


cessss...

inikah noonoo itu??
haha..time kecil-kecil dulu suka sangat citer teletubbies tu..
siap main cop-cop lagi..nak warna merah..nak warna biru ..hahaha



my favourite semestinya yang paling kecil dan cute itu
"po"...hehehe
yang saya ingat ada Po...Tingki wingki..lala...dipsy..huh!comel~


noonoo??mesin ini?hahaha..

hai saya nunu

Monday, June 13, 2011

alahai..suami hensem pon kena tinggal jugak??kesian die...




salam..

got no idea today..
then saja la view page gosip-gosip artis ni..haha..ini kerja part time saya..hehe..
tetiba terbaca kes jimmy dengan wife dia...
kesian kot jimmy..sangat kesian...hu3

baru teringat, baru baru ni saya tengok final AF teringat 1 ayat jimmy...
dlu time dia jadi pngacara, ada someone kat bawah main-main mata dengan die,,now main-main mata kat mahkamah jer..hurm..

kesian kan..
yang tak faham nya..ape lak sbnrnya wife dia nak??
dapat suami baik..hensem..berada..
bukanla pandang harta or wajah kn..tapi dah dapat mcm tu kire bonusla..
ai..tak bersyukur langsung..

Hurm..kornag baca la kandungan luahan hati Jimmy ni..bagi saya,,kalau buat suami sampai macam ni,,dah dikira derhaka..minta dijauhkan ( ceh macam dah berlaki pulak!)hehehe...peringatan untuk diri sendiri~



INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.

Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.

Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.

Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.

Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.

Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.

Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.

Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.

Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.

Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.

Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.

Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.

Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.

Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.

Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.

Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.

Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.

Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.

Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.

Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.

Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.

Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.

Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.

Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”


kesian kn???

hurm tak apela...kite semua pon tak boleh nak judge siapa salah siapa betul juga kn??kita tak tahu perkara sebenar..ape pon..harap yang terbaik jela wat dorang berdua~


petikan luahan ini dipetik dari beautifulnara

kn sweet kalo macam ni~

Monday, June 6, 2011

happy bfday ayah!!! happy anniversary ayah dan mak!!!

salam



baru lepas call ayah..
happy bfday ayah!!!
sayang kat ayah....


and



happy 24 anniversary untuk ayah dan mak..

pandai ayah erk...pilih tarikh kawin sama dengan bfday..hehe
nak camtu juga lah!..hehe



nurul sayang mak dan ayah...

muahx!!!!~

Thursday, June 2, 2011

siapakah dia???



siapakah dia?
yang sering mewarnai hariku..
seolah-olah matahari tersenyum padaku tatkala melihat senyumnya.

siapakah dia?
yangs selalu membuat jantungku kencang
pabila hanya melihat matanya

siapakah dia?
yang membuatkan lidahku kelu untuk meyapa
tatkala bertemunya

siapakah dia?
yang membuatkan perasaanku hampa
pabila terlepas bayangnya..

siapakah dia?
yang membuatku berharap agar mendapat ruang
walau sedikit pun di hatinya...

siapakah dia??
yang membuat hatiku pilu
tatkala mengetahui dirnya sudah mempunyai bidadari untuk menemaninya mugkin di syurga kelak..
dan itu bukanla aku~