lets find it

Wednesday, November 30, 2011

it was so sweet :)

“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”


IMG_2602 6



IMG_2607 6


IMG_2608 6


IMG_2612 6


IMG_2618 6


IMG_2630 6


IMG_2636 6


IMG_2640 6


IMG_2643 6


IMG_2645 6


IMG_2650 6


IMG_2651 6


IMG_2655 6

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”

Friday, November 25, 2011

kisah si pelakon hebat

salam.

mood sekarang macam sangat tak stabil...aku benci pelakon2 yang sangat hebat di pentas lakonan dunia.

sory la kalau penggunaan ayat aku kasar...tak paksa pon..kalau tak nak baca pon tak kecik ati banyak..kecik ati sikit je..hehe

berbalik pada topik...serious penat.
penat dengan pelakon2 yang aku rasa dapat mengalahkan artis2 yang ada di Malaysia ni.
serious aku prefer ada orang yang berterus terang benci aku dari ada pelakon yang berpura-pura peluk aku..
lagi satu aku benci jadi watak mangsa dalam lakonan manusia-manusia macam ni..
cakap tak serupa bikin.

depan semuanya indah..everything about you semua good..better than others.
blah la...

please la jangan hidup nak berpura-pura boleh tak?
eyh tak penat ke kau nak amek ati orang ni..then amek ati orang tu pulak..
kau terus terang je la..ingat aku kisah ke???

cakap depan aku rela untuk dibenci..mungkin itu terbaik
tapi dalam masa yang sama ...kau berterusan memujuk..what the hell????
dan aku mungkin bodoh, diperlukan hanya untuk mengisi ruang tatkala ruang itu kosong

tapi aku tak leh nak salahkan sesapa..
kekadang salah sendiri juga..aku yang pilih jalan ni.
aku yang biar diri aku untuk masuk dan jadi salah satu character dalam drama kau!
aku maybe bodoh dalam menilai kau..
aku munkin alpa dengan permaianan ayat kau..

tahla, now aku cuma berharap aku kuat..
kuat untuk rempuh apa yang di depan dan kuat untuk keluar perlahan-lahan dari pentas drama kau!
maybe aku pernah silap langkah tapi insyallah aku akan cuba untuk tak berada di pentas ini bersama-sama kau.!

kau tamak..kau kejam!

doa lah supaya jangan sampai aku benci diri kau..:)

bai.


p/s : tak de kne mengena dengan en kekasih sy..:)..weeiit~

Monday, October 17, 2011

buat apa nak sedih-sedih???


kekadang korang pernah tak rasa nak marah or emo tak pasal-pasal?
owh saya sangat selalu rasa camtu..
tapi kan bersebab la..
tahla maybe bila jiwa ni terlalu sensitif..even kadang-kadang orang lambat reply msg pon dah mudah touching...hu3
then fikir yang bukan-bukan.

so ape lagi..mulakan lah aktiviti bershopping dan makan..
then semalam terasa sangat nak makan kek..
so terjah la secret recipe kat jusco depan umah ni..ehehee...

nasib berteman..housemate saya yang saya sayang nak join same..
kalau tak ada teman pon insyaallah g juga kot..yela ah biasa camtu..makan sorang..kadang-kadang tengok muviee sorang,,,;)

kekadang terapi juga bila sesorang ni..
tapi lebih baik berdua kan dari sorang-sorang..hehehe..ley borak-borak..;)

k la..tak ada ape pon nak cerita sebenarnye..heheheee







bye..take care sygs!!~

the secret life of Nora





salam.


sekian lama tinggal belog ni..dah berhabuk bersawang sawang dah..hehehe
by the way, sangat banyak nak cerita tapi penat la..
dah masuk study ni..sangat banyak kerja..
presentation almost everyday, asigment lagi..



hahaha..eyh apa pulak kaitan dengan entry ni kan?hehehe
just nak share weekend baru ni saya g tengok teater..owh sangat teruja nak tengok " the secret life of Nora" ni sebab tengok the making of dia sangat gempak. and paling tak tahan bila tengok costume and all those props yang dorang guna time teater ni ..sangat bercolouful..
perasaan teruja tu lg la membuak-buak..hehehe



then trus call Mr K cakap kat dia tolong book ticket..
dia kan mana pernah melawan cik kesayangan dia ni...hahaaha..kesayangan ker?hehe
harga ticket tu ade antara rm35 hingga rm 400+ pon ade..tapi memandangkan tak cukup kaya kan nak beli tiket mahal2..beli jela ticket yang harga rm110...tapi bernasib baik tetiba pulak ada promotion untuk pengguna maxis 50%.. hahahaa...amin..selamat duit aku..ley shopping :)



overall cerita ni sangat menarik la..sebenarnya jujur saya cakap..
saya tak pernah pon tahu cerita Nora Zain ni..tapi even first time tengok cerita ni..rasa best sebab maybe ada kelakar dari Adibah Noor, Tony Eusoff and paling best Aznil la..gile sangat kelakar walaupun jahat...;)..dengan pelat R die..comellll~






costume and props die seriously sangat menarik..tetib macam tersuka satu part tu bila Aznil nak jumpa Tiara then demi nak tunjuk dia cinta Tiara, siap kerusi, katil, meja, piano, baju, cermin sume bentuk love...hu3...
comel sangat..hurm agak2 nye mana dorang dapat barang tu sume erk?seriously nak jugak!~hehehe..maklumlah agak obses dengan benda-benda bentuk love ni..hehehe
lebih kurang macam ni la rupa katil tu..tapi yang dalam teater tu lagi comel... ( gambar sekadar hiasan)

then backdrop die serious sangat superb..
sampai kadang-kadang still wondering cam mana dorang set up sampai seriuosly nampak macam real..
rasanya teater lain pon backdrop dia tak sehebat cerita ni la..
rasa macam tak tengok teater..tapi macam real ada kat tempat tu..hehehe

ok la..panjang lebar dah bercerita...
meh tengok2 pics kite lak..hehehe









superb!!!


thanks maxis..tak sia-sia guna maxis 8 tahun dah :)



kacak tak???

Friday, September 30, 2011

meh nak cerita 1 rahsia~

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik,
so anda di kategori mana??hehe..
btw im April..mostly banyak macam betul..hehhe

bye~

Monday, September 19, 2011

owh si mulut manis~apakah???






assalammualaikum...

korang of course semua pernah dengar or tahu term " si mulut manis" kan?kan?
hurm..selalunya term ini ditujukan untuk kaum lelaki la..
selalunya..tapi tak semua la..
perempuan pon ada juga yabg bermulut manis ni..

tetiba nak share dengan korang pasal isu mulut manis ni.
korang pernah tak berada di situasi berdepan or menjadi mangsa wanita or lelaki yang bermulut manis ni?
ok.aku mengaku.
aku sering juga berdepan dengan orang-orang yang macam ini..
maybe ada dikalangan korang juga pon cakap maybe aku pon jenis camni..tak pe la ..tu pendapat korang nak cakap aku ape pon..:) peace~

aku tak kisah pon nak bermulut manis bak bertan-tan gula dalam mulut korang pon.
sumpah tak kisah.
tapi agak geram la bila seseorang tu sangat la bermulut manis bila dengan kita..
kononnya im the everthing..knonnya semua yang ada pada kita semua sangat baik..sangat indah la..time tu korang maybe akan rasa ..wow! di awangan..yela even boyfriend sendiri pon tak cakap camtu kan?haha..
tapi camne pon aku sentiasa beringat...ala..mostly lelaki ni memang camtu
dan aku tak pernah berharap apa2 pon.itu yang pasti..;)


then bila korang persoalkan pasal skandal dia ke, gf die ke..
mesti die akan cakap yang kononnya dia terpaksa untuk jaga hati la..kononya di hati siapa yang tahu...kononya dah rimas la dengan relation tu..
yeah and of course lelaki nak jaga market kan?
time tu la relation yang tengah2 elok..tapi dikatanya tengah terumbang ambing..
gf yang dulu cantik sekarang dah tak cantik..or gf pon main kayu tiga.
sedangkan gf tu punya la setia...siap duk pelik lagi kenapa bf die tetiba dah jarang sms, yela dah bf dah duk sms or chat dengan gurl lain..;)

aku tak cakap lelaki je macam ni..sebab aku tahu tu salah satu taktik lelaki..and maybe gurl pon ada yang macam tu.

tapi yang pelik ni..
bila gf dia ke macam dapat tahu..
dia cerita pulak yang kononya perempuan tu yang terhegeh2..
siap tunjuk sms yang gurl tu hantar,tapi sent item die dah delete.
mana boleh nampk die jahat kan?market kena jaga..tamak itu harus kan?
alek2 gurl yang manjadi magsa si mulut manis ni jugala yang jahat.
dahla jadi mangsa si mulut manis, kena label plak perempuan gedik, perampas etc..
dah tu kalau si gf dah nama perempuan.tak sah la kalau tak bercerita pulak kat kawan2 kan?
so hiduplah si mangsa ni sebagai perempuan yang di label macam2..hehe..

dan si lelaki tadi pon hidup gembira je..
yela gf die mesti percaya die..mulut memujuk harus manis,,
then si gf pon mula lah update status tengah berbahagia bersama tersayang..upload pic ..buat prof picture segala bagai.
tapi yela..bf die..suka hati diala kan ank upload 40 ratus pic bf die pon kn?hahaha
tapi die lupa yang esoknya bf die msti akan pujuk pulak si mangsa dengan the next ayat manis..
time tu maybe la keluar pulak cerita " gf sy tu psycho la..kang die buat benda bukan-bukan..so saya terpaksa ikut" or " kang kawan-kawan kelas cakap apa pulak kalau dorang semua nampak saya bergaduh dengan dia"
see??? lelaki tak kan bagi reason yang akan nampak diri die jahat..hehe
respect ar!~



so buat korang semua,
hati-hatilah..kadang-kadang kita jangan terlalu percaya orang..
perlu juga ada rasa tak percaya even sikit.
dan perlu diingat wahai bf ke..gf ke..mangsa ke.,.pemangsa ke...

"tepuk sebelah tangan mesti tak kan berbunyi"

sebelum nak tuduh orang ape2 pon..nilai dulu perangai gf/ bf kita bagaimana~ :)

renung-renungkanla..;)
peace~

kalo ini yang bermulut manis aku tak kisah ;)

Tuesday, September 13, 2011

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


saya memang sensitif..so???


tak suka perasaan macam ni..
tak payah la nak bermuka-muka..
depan cakap lain belakang cakap lain..
last-last kantoi jugak...

hurm tak faham betul la..
kenapa orang suka untuk act sebagai seorang yang sangat baik untuk tutup kesalahan masing- masing...
sedangkan hakikatnya diri tu dah bertalam-talam muka.
huh!

orang nak cakap aku gedik ka...lazer ka..mulut jahat ka..mengada-ngada, manja. sensitif,.degil or whatever pon cakapla..
untungla kalau ada orang yang perasan diri aku camtu..
atleast korang nampak peragai aku...so kalo korang kutuk aku pon atleast korang adela bukti aku memang camtu ke..tak adala dapat dosa free2 ja..
dari korang nampak aku baik, sopan santun, solehah, tapi sebenarnya aku ni lebih teruk dari korang ..mesti bila last korang dapat taw korang akan rasa meluat kat aku..
macam tu la perasaan aku rasa...bila orang yang kanon baik tapi belakang lagi teruk dari aku.
tapi tak pe juga..atleast bertambah ar sikit pahala kat aku..terima kasih la sebab banyak bersedekah kat aku...:)

haha..nurul..
kenapa tetiba nak emo ni?
biarlah! bukan selalu nak emo pon..

tapi aku suka..
cakap la banyak2 pasal aku...atleast aku taw ada yang prihatin..thnks...terharu juga~hehe

aku kan mudah touching~;)
but i like~peace..:)

kbm di hatiku~

salam.


first week of class rasa macam penat yang teramat even kelas banyak gap pon..
penat mnuggu..sebab sem ni punya jadual haru biru..hu3
sampai KBM je terkejut tengok..giler ramai nye manusia...
dengan student baru yang berlambak-lambak terbaik dari ladang..
beratur nak naik lif bukan smapai kat tangga KBM dah..dah hampir nak ke Graha dah..

so hari first lagu dah terpaksa mengagahkan diri yang sedia kuat sangat ni naik tingkat 7..
fuh! lama tak naik tangga..terbaik la!;)

ok la tak ada apa sangat pon nak dicerita..hehe..

will update later.bye


p/s: homesick~

sayang sangat~










layan kan je pic2 ni..sesungguhnya sangat-sangat merindui mereka~
huhu..


owh lupa..adik li tak ada time ni..fathers day celebration...24 june aritu..dah basi dh pic ni..hehe...btw..sume unprepared. saya dan intan baru smpai dari melaka je..adik yang last wat suprise g tempah kek...kumpul duit die..kesian die..btw syg semua~muahhhx!~

Tuesday, September 6, 2011

salam lebaran


salam.

hari ini sudah 8 hari umat islam menyambut hari raya aidifitri..
selamat hari raya semua.
maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap..

persiapan nak raya sebulan dah prepare..
tup2 raya sekejap ja..
dahla kurang meriah dah raya sekarang
tak macam dulu..hehe

sekejap ja masa berlalu..
pejam celik dah 2 bulan lebih saya kat rumah duk meghafal rancangan tv..haha
rasa sedih pulak nak balik melaka ...tak bersedia lagi nak mengadap buku dan assignment yang berlambak-lambak nanti..hehe


btw..salam lebaran
bye