lets find it

Wednesday, November 30, 2011

it was so sweet :)

“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”


IMG_2602 6



IMG_2607 6


IMG_2608 6


IMG_2612 6


IMG_2618 6


IMG_2630 6


IMG_2636 6


IMG_2640 6


IMG_2643 6


IMG_2645 6


IMG_2650 6


IMG_2651 6


IMG_2655 6

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”

Friday, November 25, 2011

kisah si pelakon hebat

salam.

mood sekarang macam sangat tak stabil...aku benci pelakon2 yang sangat hebat di pentas lakonan dunia.

sory la kalau penggunaan ayat aku kasar...tak paksa pon..kalau tak nak baca pon tak kecik ati banyak..kecik ati sikit je..hehe

berbalik pada topik...serious penat.
penat dengan pelakon2 yang aku rasa dapat mengalahkan artis2 yang ada di Malaysia ni.
serious aku prefer ada orang yang berterus terang benci aku dari ada pelakon yang berpura-pura peluk aku..
lagi satu aku benci jadi watak mangsa dalam lakonan manusia-manusia macam ni..
cakap tak serupa bikin.

depan semuanya indah..everything about you semua good..better than others.
blah la...

please la jangan hidup nak berpura-pura boleh tak?
eyh tak penat ke kau nak amek ati orang ni..then amek ati orang tu pulak..
kau terus terang je la..ingat aku kisah ke???

cakap depan aku rela untuk dibenci..mungkin itu terbaik
tapi dalam masa yang sama ...kau berterusan memujuk..what the hell????
dan aku mungkin bodoh, diperlukan hanya untuk mengisi ruang tatkala ruang itu kosong

tapi aku tak leh nak salahkan sesapa..
kekadang salah sendiri juga..aku yang pilih jalan ni.
aku yang biar diri aku untuk masuk dan jadi salah satu character dalam drama kau!
aku maybe bodoh dalam menilai kau..
aku munkin alpa dengan permaianan ayat kau..

tahla, now aku cuma berharap aku kuat..
kuat untuk rempuh apa yang di depan dan kuat untuk keluar perlahan-lahan dari pentas drama kau!
maybe aku pernah silap langkah tapi insyallah aku akan cuba untuk tak berada di pentas ini bersama-sama kau.!

kau tamak..kau kejam!

doa lah supaya jangan sampai aku benci diri kau..:)

bai.


p/s : tak de kne mengena dengan en kekasih sy..:)..weeiit~