lets find it

Friday, December 10, 2010




Dalam deritaku ada bahagia
Dalam gembiraku mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
kuterima dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukurku
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihiku setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanku berpanjangan
Bersyukur dan tabah menghadapi
Segala ujian diberi...



Maka bersyukurlah selalu


2 comments:

dayah said...

syukur, kao tak lupa kan aku :)
smg berjaya, updet lg entry !

Nunu Nurul said...

ish..xknla aku lupekan ko plak,,
kite 1 class since sem 2 kot smpai grad..hehhe..hope nnti ley jumpe..hehe