Setelah berbulan dan bertahun lamanya mempertahankan hubungan cinta akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa anda. Ketika itu menangis dan terasa kosong. Mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala adalah apa yang anda idamkan ketika itu. Malangnya, apa yang diidamkan tidaklah seperti apa yang diharapkan.
Di sini salah satu kata yang pernah disampaikankan malaikat jibrail kepada nabi junjungan muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,
“Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya”..
Oleh itu, wujudlah perkataan yang membawa maksud misteri dan indah iaitu “HIKMAH”. Setiap apa yang berlaku disekeliling kita yakin dan pastilah ada HIKMAH disebaliknya. Renungkan perpisahan anda sedalam- dalamnya walaupun memerlukan sehingga tahap menitiskan air mata nescaya akan menemui hikmah.Kepada yang pernah ataupun sedang putus cinta usahlah bersedih. Tarik nafas anda dan usapkan air mata dipipi. Sentiasa yakin dan percaya bahawa cinta sebenarnya masih lagi boleh diselamatkan walaupun anda kehilangan pasangan anda. Hadapi dengan senyuman…
p/s: sbnarnya da xigt mne aku jmpa ni..
No comments:
Post a Comment